“ Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman)”
(Ali-Imran: 110)
[1] Allah telah memuliakan Umat Islam(Umat Nabi Muhammad) dengan kemulian yang melebihi Umat-umat terdahulu. Kemuliaan ini berdasarkan Amanah yang dipertanggungjawabkan keatas semua Umat Islam sebagaimana yang telah dinyatakan dalam Firman Allah s.w.t- kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik(Amar Ma’ruf) dan melarang daripada segala perkara yang salah (Nahi Mungkar), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman)
[2] Sehubungan dengan itu, semua warga UIAM khasnya bertanggungjawab sebagai “Agen Dakwah” dan tidak meletakkan tugas tersebut sebagai tugas-tugas individu tertentu dan persatuan-persatuan yang berkaitan semata-mata.
[3] Saya memuji tindakan pihak pengajur yang bersifat ‘Responsif Segera’ dengan mengajurkan ‘Rapat Umum Khas’ seusai solat Jumaat di perkarangan Masjid UIAM sebagai respon kepada Mesej dari Khutbah Jumaat.
(a) “Ma'ruf Club yang diwakili oleh saudara Mohd Arubi Ismail menjelaskan UIAM wajib dijaga oleh seluruh warga kampus agar suasana Islam tidak dicemari. Beliau menyeru hadirin yang ada untuk hidupkan agama dalam kehidupan harian. Konsep 'amar ma'ruf nahi munkar' juga mestilah diaplikasikan oleh segenap warga kampus khususnya yang memahami permasalahan agama sebagai tindakan yang efektif.
Hal ini dijelaskan bagi menunjukkan respon yang tegas bahawa tarian poco-poco yang berlaku secara tidak sengaja di Stadium Sayyidina Hamzah baru-baru ini tidak boleh dipandang enteng sama sekali. Tegasnya, Tiada kompromi dalam permasalahan asas dan maksiat.”
(b) “Manakala saudara Abdul Muhaimin Misran dari Journalism Club menegaskan kepada seluruh warga kampus supaya cakna dan tahu apa yang berlaku di sekitar kampus. Mahasiswa tidak sepatutnya menjadi kaku, pusingan hidupnya hanya sekitar kelas dan bilik. Beliau juga menyeru agar seluruh warga UIAM secara terang-terangan menunjukkan bantahan terhadap kemaksiatan yang berlaku dalam Bumi UIAM”
[4] Sebagai konklusi, saya mengajak seluruh Warga UIAM agar lebih cakna isu dan kondisi semasa serta memahami Amanah sebagai “Khaira Ummah” secara Komprehensif. Justeru, bergerak secara Kolektif adalah sebaik-baik “Platform Dakwah” dalam menjalankan Misi UIAM(ISLAMISASI) secara umumnya dan Amanah individu(sebagai Agen Dakwah) khususnya . Sebagaimana Firman Allah s.w.t:
Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berperang untuk membela ugamaNya, dalam barisan yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh.”
(as-Saff: 4)
Wallahua’lam
WAN ZULKARNAIN BIN WAN ISMAIL
CHAIRPERSON OF INFORMATION & MULTIMEDIA
STUDENTS' REPRESENTATIVE COUNCIL(SRC) 2010/2011
INTERNATIONAL ISLAMIC UNIVERSITY MALAYSIA(IIUM)
0 comments:
Post a Comment