WAN ZULKARNAIN BIN HJ WAN ISMAIL. CHAIRPERSON OF INFORMATION & MULTIMEDIA
STUDENTS' REPRESENTATIVE COUNCIL(SRC) 2010/2011
INTERNATIONAL ISLAMIC UNIVERSITY MALAYSIA(IIUM)
Pendidikan awal di Sek. Keb Hamzah(1)Machang Kelantan. Kemudian ke SMU(A) Syamsul Ma'arif Lelaki, SMU(A) Maahad Muhammadi Lelaki, SMKA Falahiah. Seterusnya ke Kolej Matrikulasi Johor, CFS IIUM, Internatinal Islamic University Malaysia Gombak. emel: zulkarnain1453@gmail.com
Replace these every slider sentences with your featured post descriptions.Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these with your own descriptions.
This is featured post 2 title
Replace these every slider sentences with your featured post descriptions.Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these with your own descriptions.
This is featured post 3 title
Replace these every slider sentences with your featured post descriptions.Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these with your own descriptions.
This is featured post 4 title
Replace these every slider sentences with your featured post descriptions.Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these with your own descriptions.
This is featured post 5 title
Replace these every slider sentences with your featured post descriptions.Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these with your own descriptions.
[1] Islam amat menggalakkan kita supaya hidup saling tolong menolong kearah kebaikan demi maslahah bersama. Demikian dengan itu, akan mengukuhkan dua jenis interaksi; Interaksi antara manusia dan Tuhan serta interaksi antara manusia dan manusia. Natijahnya akan terbinalah sebuah kehidupan yang harmoni, sejahtera dan dalam Redhanya. Firman Allah s.w.t:
“Dan hendaklah kamu tolong-menolong untuk membuat kebajikan dan bertaqwa dan janganlah kamu tolong-menolong pada melakukan dosa dan maksiat dan pencerobohan. Dan bertaqwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha Berat Azab Seksanya”
(Al-Maidah: 2)
[2] Memperkasakan kerjasama antara badan-badan mahasiswa dengan NGO berkaitan isu antarabangsa:
Umum mengetahui bahawa NGO (badan bukan kerajaan) merupakan badan yang memperjuangkan misi kemanusiaan melalui aktiviti-aktiviti kesukarelawan. Sehubungan dengan itu, keterlibatan sama badan-badan mahasiswa bersama NGO merupakan titik tolak utama dalam menerobos minda ketidakcaknaan mahasiswa terhadap isu-isu kemanusiaan di peringkat global. Oleh itu, perlu ada kolaberasi yang serius dan tersusun dalam merealisasikan matlamat ini.
[3] Pertama, melibatkan wakil-wakil mahasiswa secara langsung sebagai sebahagian daripada sukarelawan ke kawasan-kawasan bencana.Kedua, menganjurkan program-program yang berbentuk intelektual seperti Konvensyen, Kongres dan Seminar dengan mengkoordinasikan mahasiswa sebagai tenaga kerja manusia utama dan NGO sebagai platform.
[4] Implikasi daripada itu, mahasiswa akan didedahkan dengan “Real Problem” secara langsung sebagai respon terhadap penglibatan sebagai sukarelawan. Justeru, kita dapat melihat tiga impak positif hasil penglibatan mahasiswa. Pertama, mahasiswa memperoleh kefahaman, pengalaman dan aplikasi dalam proses menangani isu-isu tersebut secara praktikal. Kedua, NGO mempunyai dokongan yang berbentuk tenaga kerja manusia yang ramai dan berkualiti. Ketiga, mangsa-mangsa bencana memperolehi faedah yang berbentuk komprehensif dengan melihat kepada kepakaran dan kemahiran mahasiswa dalam kepelbagaian bidang.
[5] Dalam senario lain pula, dengan penganjuran program-program berbentuk intelektual. Maka, mahasiswa akan didedahkan dengan realiti isu-isu di peringkat global secara ilmiah dan berfakta daripada pelbagai perspektif. Hal ini kerana sebarang tindakan atau resolusi adalah bermula daripada kesedaran dan kefahaman secara fundamental dan menyeluruh serta daripada sumber yang asli.
“Ada dua golongan manusia, jika baik kedua-duanya, maka baiklah manusia. Apabila kedua-duanya rosak maka rosaklah manusia (dua golongan yang dimaksudkan) iaitulah Ulama’ dan Umara’- Ulama’ ialah orang yang berilmu dan Umara’ ialah pemimpin-pemimpin.”
(Hadith diriwayatkan oleh Abu Nu’aim)
[2] Mengimbau sejarah kegemilangan Khulafa’ ar-Rasyidin menunjukkan kita betapa peri pentingnya peranan Ulama’ dalam memandu pemimpin, memacu kepimpinan dan membimbing yang dipimpin. Buktinya, dalam pemerintahan Khulafa’ ar-Rasyidin, kita dapat menyaksikan bahawa betapa ruang bagi “Check And Balance” ini telah dibuka seluas-seluasnya sejak di awal pemerintahan Umar al-Khatab. Beliau sedar betapa pentingnya peranan Ulama’ untuk turut serta dalam pembentukan polisi dan dasar pemerintahan agar ia selari dengan Perlembagaan Islam yang tertinggi yakni Al-Quran dan As-Sunnah Rasulullah saw.
[3] Oleh yang demikian, Ulama’ tidak seharusnya dilihat sebagai Golongan yang berwajahkan bidang-bidang agama semata-mata. Bahkan harus menjangkaui ke bidang-bidang lain selaras dengan dengan Islam sebagai “The Way of Life”. Justeru, Ulama’ bukan sahaja golongan yang memutuskan Hukum Halal dan Haram dalam sesuatu perkara dan masalah sahaja. Tetapi sebagai penggubal polisi dan dasar, pemantau prinsip dan pelaksanaan dengan memastikan natijahnya memenuhi tuntutan dan kehendak Aqidah, Syariah dan Akhlak.
[4] Pemimpin haruslah mampu untuk mengurus tadbir serta memakmurkan muka bumi ini secara bijaksana dan professional berpandukan perintah Allah. Dengan memahami konsep “God-Centered” sebagai dasar pemerintahan maka sudah pasti ia akan mendorong pemikiran dan tindakan pemimpin untuk memimpin diri, rakyat dan Negara agar sentiasa dalam “Guideline SyariatNYA” .
[5] Sebagai pemimpin seharusnya memiliki sifat Amanah iaitu pemimpin yang jujur dan bertanggungjawab dengan Amanah Kepimpinanya. Kedua, dengan memiliki sifat Tabligh yakni kemampuan untuk responsif dalam berkomunikasi , menyampaikan yang Hak dan menyeru kepada kebenaran. Ketiga adalah Fathonah iaitu seorang yang memiliki daya Kreatif dan Kritis dalam berfikir dan bertindak yang impaknya dapat memberikan Maslahah secara holistic(menyeluruh).
[6] Sungguh indah apabila Ulama’ dan Umara’ sama-sama tunduk dan patuh kepada Allah. Sama-sama memahami tentang amanah dan peranan masing-masing. Saling melengkapi dalam memerintah dengan meletakkan Kalimah Thoyyibah di kemuncaknya. Dengan “Baldatun Thayyibah Wa Rabbul Ghafur” sebagai model pemerintah.