Followers

Tuesday, January 25, 2011

TAHNIAH KEPIMPINAN SRC UIAM 2009/2010



Firman  Allah s.w.t:
“Hai Daud! Sesungguhnya Kami  jadikan engkau Khalifah di muka bumi. Sebab itu putuskanlah sesuatu perkara antara rakyatmu dengan kebenaran. Janganlah engkau turuti kemahuan nafsumu, nanti engkau akan disesatkan dari jalan Allah.”
(Sad: 36)


[1]          Alhamdulillah kepimpinan SRC 09/10 yang diketuai oleh Saudara Firwan Norliza sudah pun menterjemahkan  ayat  tersebut di dalam Gagasan SRC  secara komprehensif,  iaitu- putuskanlah sesuatu perkara antara rakyatmu dengan kebenaran. Saya yakin dan percaya mereka yang telah dipilih Allah dengan berwasilah PRK adalah mereka yang benar-benar mempunyai nilai Integriti dan Kompetensi.



[2]          Dengan melihat posisi SRC sebagai Badan Induk Terbesar Mahasiswa UIAM sudah pasti mereka bertanggungjawab dalam mencorakkan halatuju dan peranan Mahasiswa secara langsung. Sehubungan dengan itu, saya mengajak teman-teman sekalian agar mahu dan mampu merenung sabda Rasulullah s.a.w:           
“Dua jenis manusia, apabila keduanya ini baik maka baiklah manusia sekalian. Apabila keduanya buruk maka buruklah manusia sekalian.(dua golongan yang dimaksudkan) adalah Ulama’ dan Umara’ ”

(Hadis diriwayatkan oleh Abu Nu’aim)



[3]          Tahniah dan Syabas yang tidak terhingga saya ucapkan kepada kalian yang begitu cakna dan cermat dalam memanifestasikan tiga tonggak utama perjuangan SRC- Isu, Servis dan Program. Justeru,  slogan SRC - "Joining Hands for the Betterment of the Ummah" sepanjang tenure kalian  benar-benar menjadi suatu yang realistik dan sekaligus tertolaknya suara-suara sumbang yang mendakwa ia adalah retorik semata-mata.


[4]          Sudah menjadi  Sunnah Perjuangan  yang tidak akan sunyi dari mehnah dan tribulasi. Biarpun banyak amanah yang dipertanggungjwabkan telah berjaya dilaksanakan. Namun, apa yang pasti akan sentiasa ada golongan yang tetap menentang dan menghalang usaha-usaha kalian. Justeru, saya mengajak sahabat-sahabat sekalian untuk sama-sama kita mengambil  Ibrah(pengajaran) daripada  peristiwa TRAGEDI YAUM AR-RAJI' dan BI’RU  MA’UNAH, mudah-mudahan kita akan dapat suntikan Roh Semangat dan Jihad untuk terus Istiqamah dengan Jalan yang telah kita pilih dan yakini ini.


[5]          Tamatnya AGM SRC 09/10, makanya menunjukkan Isyarat Awal kepada Pilihan Raya Kampus(PRK). Maka, menjadi tanggungjawab semua untuk menentukan Pucuk Pimpinan SRC yang baharu, yang mesti dinilai dari aspek Integriti dan Kompetensi secar komprehensif.  Sebagai konklusi, suka saya ingatkan teman-teman sekalian akan Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
"Akan sentiasa ada segolongan dari ummatku berdiri atas kebenaran, mereka tidak boleh digugat oleh orang-orang yang menentang mereka atau menggugat mereka, sehinggalah datangnya ketentuan Allah" (Hadith Riwayat Muslim)


WAN  ZULKARNAIN BIN WAN ISMAIL
CHAIRPERSON OF INFORMATION & MULTIMEDIA
STUDENTS' REPRESENTATIVE COUNCIL(SRC) 2010/2011
INTERNATIONAL ISLAMIC UNIVERSITY MALAYSIA(IIUM)

Saturday, January 22, 2011

MAHASISWA ISLAM, MAHASISWA PEDULISME



“ Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman)”
(Ali-Imran: 110)


[1] Allah telah memuliakan Umat Islam(Umat Nabi Muhammad) dengan kemulian yang melebihi Umat-umat terdahulu. Kemuliaan ini berdasarkan Amanah yang dipertanggungjawabkan keatas semua Umat Islam sebagaimana yang telah dinyatakan dalam Firman Allah s.w.t- kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik(Amar Ma’ruf) dan melarang daripada segala perkara yang salah (Nahi Mungkar), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman)

[2] Sehubungan dengan itu, semua warga UIAM khasnya bertanggungjawab  sebagai Agen Dakwah dan tidak meletakkan tugas tersebut sebagai tugas-tugas individu tertentu dan persatuan-persatuan yang berkaitan semata-mata.


[3] Saya memuji tindakan pihak pengajur yang bersifat  ‘Responsif  Segera’  dengan mengajurkan ‘Rapat Umum Khas’  seusai solat Jumaat di perkarangan Masjid UIAM sebagai respon kepada Mesej dari  Khutbah Jumaat. 


(a) “Ma'ruf Club  yang diwakili oleh saudara Mohd Arubi Ismail  menjelaskan UIAM wajib dijaga oleh seluruh warga kampus agar suasana Islam tidak dicemari. Beliau menyeru hadirin yang ada untuk hidupkan agama dalam kehidupan harian. Konsep 'amar ma'ruf nahi munkar' juga mestilah diaplikasikan  oleh  segenap warga kampus khususnya yang memahami permasalahan agama sebagai tindakan yang efektif.


 Hal ini dijelaskan bagi menunjukkan respon yang tegas bahawa tarian poco-poco yang berlaku secara tidak sengaja di Stadium Sayyidina Hamzah baru-baru ini tidak boleh dipandang enteng sama sekali. Tegasnya, Tiada kompromi dalam permasalahan asas dan maksiat.”



(b) “Manakala saudara Abdul Muhaimin Misran dari Journalism Club menegaskan kepada seluruh warga kampus supaya cakna dan tahu apa yang berlaku di sekitar kampus. Mahasiswa tidak sepatutnya menjadi kaku, pusingan hidupnya hanya sekitar kelas dan bilik. Beliau juga menyeru agar seluruh warga UIAM secara terang-terangan menunjukkan bantahan terhadap kemaksiatan yang berlaku dalam Bumi UIAM



[4] Sebagai konklusi, saya mengajak seluruh Warga UIAM agar lebih cakna isu dan kondisi semasa serta memahami Amanah sebagai “Khaira Ummah” secara Komprehensif. Justeru, bergerak secara Kolektif adalah sebaik-baik “Platform Dakwah” dalam  menjalankan Misi UIAM(ISLAMISASI)  secara umumnya dan Amanah individu(sebagai Agen Dakwah) khususnya . Sebagaimana Firman Allah s.w.t:


Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berperang untuk membela ugamaNya, dalam barisan yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh.”
(as-Saff: 4)



Wallahua’lam


WAN  ZULKARNAIN BIN WAN ISMAIL
CHAIRPERSON OF INFORMATION & MULTIMEDIA
STUDENTS' REPRESENTATIVE COUNCIL(SRC) 2010/2011
INTERNATIONAL ISLAMIC UNIVERSITY MALAYSIA(IIUM)

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Laundry Detergent Coupons