
[1] Sedar atau pun tidak, kita kini sudah berada di penghujung bulan Rejab. Bulan yang padanya telah berlaku suatu peristiwa penting dalam sejarah umat Islam, yakni Isra’ dan Mikraj. Peristiwa ini berlaku pada tahun ke-11 selepas kenabian Rasulullah SAW. Peristiwa ini merupakan bukti kukuh tentang keagungan dan kebesaran Allah SWT, dalam memperjalankan hambaNYA (Rasulullah SAW) dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa Baitul Maqdis di Palestin. Seterusnya, Rasulullah SAW telah di angkat ke langit untuk menghadap Allah SWT pada malam yang amat bersejarah itu. Sebagaimana...